Skip to main content

Taska adalah alternatif yang terbaik. YDP Persatuan Pengasuh Taska Sabah.

Waktu dulu-dulu hanya golongan bapa sahaja yang keluar bekerja tetapi kini golongan ibu juga berperanan penting dalam memikul tanggungjawab yang sama bagi membantu suami untuk menambah ekonomi keluarga. Tetapi bila terdapat masalah dalam penjagaan anak sekiranya golongan ibu turut keluar bekerja, bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan dirumah? Siapa yang menjaga anak-anak ini dengan sebaik baiknya? Siapakah yang akan memantau aktiviti harian anak-anak ini? Siapakah yang membimbing anak-anak ini? Adakah anak-anak ini wajar dijagah oleh neneknya? Atau makciknya? Atau jiranya? Atau adakah Taman Asuhan Kanak-Kanak @.Taska yang sesuai dalam menyelesaikan setiap persoalan ini? Soalanya adakah Taska merupakan alternatif yang terbaik? Ini adalah kerisauan yang sering dihadapi oleh golongan ibubapa, bila ibu turut bersama bekerja. Dengan berlakunya banyak senario dan insident yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak masa kini telah menimbulkan ketakutan dan kerisauan dikalangan masyarakat khususnya golongan ibubapa. Golongan ibubapa terus diterus ditekan dengan delima ini. Segalanya terletak sepenuhnya dalam pertimbangan ibu apa  kena buat keputusan yang sangat-sangat bijak dalam mencorak dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa dalam keadaan terjamin.
     Saya seorang pengusaha Taska di area Taman Hartamas dan Tuaran sangat-sangat menggalakkan kepada ibubapa agar menghantar anak-anak dibawah seliaan Taska daripada menghantar anak-anak ke rumah orang lain. (Dapatkan Taska yang berdaftar) ini kerana di Taska anak-anak ini dikawal rapi dari segi keselamatan dan pemakanan. Pengasuh-pengasuh di taska adalah berpengalaman dan telah diberikan pendedahan tentang pentingnya keselamatan kanak-kanak di Taska sepanjang hari berada di Taska. Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam memastikan keselamatan anak-anak di taska sedaya upayah mereka. Anak-anak sentiasa dipantau agar tidak terdedah dengan ancaman bahaya contohnya penculikan, menjadi mangsa penderaan dan lebih teruk lagi menjadi mangsa seks kanak-kanak. Pengasuh ini juga setiasa memastikan aktiviti yang dijalankan sepanjang hari di taska sentiasa dalam keadaan selamat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi emosi dan mental anak-anak.
     Di taska juga pemakanan kanak-kanak tersebut begitu dititikberatkan dari segi kebersihan dan kesucianya supaya anak-anak ini membesar dengan sihat. Anak-anak ini akan diberkan makanan yang seimbang berkhasiat, seperti bijirin, roti, telur, sup, sayur, ayam, biskut dan bihun goreng/mee goreng. Sentiasa memastikan makanan yang diberikan mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan kalsium untuk keperluan tumbesaran mereka.
     Saya telah berkecimpung dalam bidang pengasuhan kanak-kanak hampir 20 tahun yang lalu.
     Di taska juga anak-anak ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat serta mencungkil dan menyuburkan tahap-tahap perkembangan anak-anak. Sebaik sahaja ibubapa menghantar anak-anak ke taska, pengasuh telah bersiap sedia dengan aktiviti yang memyeronokan. Di taska aktiviti yang dijalankan turut mengambil kira faktor umur dan kemampuan anak-anak itu sendiri. Contohnya seorang bayi yang berumur tiga hingga 12bulan akan melakukan aktiviti seperti mendengan muzik, lagu kanak-kanak, menggenggam jari, sentuhan, main alat yang mengeluarkan bunyi atau tindak balas cermin.. Untuk anak-anak yang berumur 2 hingga 4 tahun pula akan didedahkan dengan aktiviti yang bileh merangsang pertumbuham dan perkembangan mereka. Anak-anak ini lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti mengenal warna, saiz, melukis, menghasilkan kraftangan, menyanyi, bercerita mengenal huruf dan menari. Aktiviti yang sangat digemari di Taska saya (Little Star) adalah aktivitienari, mewarna dan bercerita. Anak-anak bukan sahajaterhi ur malah mudah memahami apa yang hendak di sampaikan dalam cerita tersebut. Anak-anak ditaska akan gembira dan terhibur apabila permainan mereka diselitkan dengan pelbagai informasi dan pendidika.
     Maka dengan ini saya kurang bersetuju apabila terdapat segelintir ibubapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bermain kerana menganggap sesi bermain itu hanya merugikan dan membuang masa. Segala aktiviti yang disediakan di taska merupakan salah satu persediaan diri,  emosi, mental dan fizikal untuk menempuhi peringkat yang seterusnya.
Gerak geri anak-anak di taska sentiasa di awasi oleh pengasuh. Di taska saya sendiri anak-anak adalah dilarang bermain diluar premis tanpa pemantauan pengasuh. Ancaman keselamatan seperti kemalangan kecil, terjatuh, tergelincir atau bermain alatan tajam, bergaduh dengan rakan kadangkala juga berlaku namun dengan kecekapan pengasuh yang telah dilatih dan berpengalaman disini serta diiktiraf, ancaman keselamatan seperti itu boleh dielakkan.

     Dengan itu sekali lagi saya pesankan kepada ibubapa, bahawa taska adalah alternatif yang terbaik dalam membantu kita sebagai ibubapa untuk memberikan penjagaan kepada anak-anak kita.
Sekian dahulu..sehingga kita berjumpa kembali dalam segmen perkongsia ..

*Perkongsian ikhlas dari saya..
Pn.Suriyati
06 Desember 2018.
8:30 malam.

**Terima kasih kerana membaca**
🌹🌹🌹

Comments

Popular posts from this blog

Taska Little Star

Little Star adalah Taska & Tadika yang berdaftar dan mempunyai permit yang sah serta sokongan dari agensi-agensi yang terlibat dengan penubuhan Taska & Tadika. Little Star adalah sebuah pusat penjagaan dan pembelajaran awal kanak-kanak yang menggalakkan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang menyeluruh terutamanya dari perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi. Objektif Penubuhan Taska & Tadika Little Star: 1) Mencungkil, menyuburkan dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan, perkembangan dan menguasai kemahiran asas (3M) serta memupuk sikap positif melalui sistem pembelajaran  yang terancang, sesuai dengan minat dan kebolehan mengikut peringkat umur kanak-kanak. 2) Membantu golongan ibubapa mendapatkan penjagaan anak-anak yang mementingkan kualiti pengasuhan dan penjagaan yang sempurna. Ambillah kesempatan ini dan berilah anak anda peluang untuk bersama dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain dan b...

Ct Suriyati: Titik Hitam DiKertas Putih.

TITIK HITAM DI KERTAS PUTIH Hidup ditengah masyarakat dan melakukan pergaulan peradaban bermasyarakat. Pasti akan menemui kesilapan dan kesalahan dimana-mana. Pada dasarnya setiap orang akan melakukan sebuah kesalahan, baik yang disengaja ataupun tidak disengaja. Tidak ada manusia yang sempurna dimuka bumi ini. Namun bagi sebagian orang mencari kesalahan orang lebih mudah dari pada memaafkannya. Jika selembar kertas putih, kemudian kita memberikan satu titik hitam di tengahnya maka sebagian besar orang akan fokus melihat pada titik hitam itu. Mereka tidak memperdulikan bahwa sebenarnya banyak bahagian putih pada kertas itu. Sama halnya dengan seseorang yang telah banyak berbuat baik, kemudian dia berbuat satu kesalahan. Maka sebagian besar orang akan fokus pada satu kesalahan itu. Padahal kebaikan yang telah dilakukan sangatlah banyak. Oleh sebab itu janganlah melihat orang dari suatu kesalahanya, kerana masih banyak kebaikan dari orang tersebut. Padahal setiap orang pasti puny...