Skip to main content

Ct Suriyati: Titik Hitam DiKertas Putih.

TITIK HITAM DI KERTAS PUTIH

Hidup ditengah masyarakat dan melakukan pergaulan peradaban bermasyarakat. Pasti akan menemui kesilapan dan kesalahan dimana-mana. Pada dasarnya setiap orang akan melakukan sebuah kesalahan, baik
yang disengaja ataupun tidak disengaja.

Tidak ada manusia yang sempurna dimuka bumi ini. Namun bagi sebagian orang mencari kesalahan orang lebih mudah dari pada memaafkannya.

Jika selembar kertas putih, kemudian kita memberikan satu titik hitam di tengahnya maka sebagian besar orang akan fokus
melihat pada titik hitam itu.

Mereka tidak memperdulikan bahwa sebenarnya banyak bahagian putih pada
kertas itu.

Sama halnya dengan seseorang yang telah banyak berbuat baik, kemudian dia berbuat satu kesalahan. Maka sebagian besar orang akan fokus pada satu kesalahan itu. Padahal kebaikan yang telah dilakukan sangatlah banyak. Oleh sebab itu janganlah melihat orang dari suatu kesalahanya, kerana masih banyak kebaikan dari orang tersebut. Padahal setiap orang pasti punya salah dan apakah akan hilang semua kebaikan yang telah dilakukan.

Apabila kita memperlihatkan selembar kertas putih dengan titik hitam di tengah dan kita bertanya pada seseorang apakah itu. Jawapan yang paling banyak muncul adalah titik  hitamnya, bukan selembar kertas putihnya. Sama dengan seseorang jika mendapat masalah, dia hanya melihat pada kesulitan, kesedihan, rintangan, dan saudara-saudaranya serta orang disekitarnya.

Majoriti hanya berfikir pada kekurangan diri sendiri, hingga berkembang menjadi besar dalam fikirannya. Sebaliknya, kelebihan-
kelebihan diri dan kemudahan hidupnya tidak diperhatikan. .

Harusnya kita menjawab selembar kertas
putih yang bersih, dengan satu titik kecil saja dan selayaknya kita mulai adil memandang kehidupan.

Dalam menggapai kebahagian hidup, berusahalah untuk meminimumkan prasangka buruk. Baik pada sahabat, tetangga, saudara, diri sendiri terlebih pada sang pencipta Allah ta’ala. Satu titik hitam pada kertas putih jangan menjadi fokus dalam  sebuah kesalahan. Apabila nasi sudah menjadi bubur bukan bererti kita tidak jadi makan.

Namun ciptakanlah bubur tersebut menjadi bubur yang special yang rasanya lebih nikmat daripada nasi...

**Terima Kasih Kerana Membaca**
~~Saya Sayang Anda~~
Ct 2018

Comments

Popular posts from this blog

Taska Little Star

Little Star adalah Taska & Tadika yang berdaftar dan mempunyai permit yang sah serta sokongan dari agensi-agensi yang terlibat dengan penubuhan Taska & Tadika. Little Star adalah sebuah pusat penjagaan dan pembelajaran awal kanak-kanak yang menggalakkan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang menyeluruh terutamanya dari perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi. Objektif Penubuhan Taska & Tadika Little Star: 1) Mencungkil, menyuburkan dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan, perkembangan dan menguasai kemahiran asas (3M) serta memupuk sikap positif melalui sistem pembelajaran  yang terancang, sesuai dengan minat dan kebolehan mengikut peringkat umur kanak-kanak. 2) Membantu golongan ibubapa mendapatkan penjagaan anak-anak yang mementingkan kualiti pengasuhan dan penjagaan yang sempurna. Ambillah kesempatan ini dan berilah anak anda peluang untuk bersama dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain dan b...

Taska adalah alternatif yang terbaik. YDP Persatuan Pengasuh Taska Sabah.

Waktu dulu-dulu hanya golongan bapa sahaja yang keluar bekerja tetapi kini golongan ibu juga berperanan penting dalam memikul tanggungjawab yang sama bagi membantu suami untuk menambah ekonomi keluarga. Tetapi bila terdapat masalah dalam penjagaan anak sekiranya golongan ibu turut keluar bekerja, bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan dirumah? Siapa yang menjaga anak-anak ini dengan sebaik baiknya? Siapakah yang akan memantau aktiviti harian anak-anak ini? Siapakah yang membimbing anak-anak ini? Adakah anak-anak ini wajar dijagah oleh neneknya? Atau makciknya? Atau jiranya? Atau adakah Taman Asuhan Kanak-Kanak @.Taska yang sesuai dalam menyelesaikan setiap persoalan ini? Soalanya adakah Taska merupakan alternatif yang terbaik? Ini adalah kerisauan yang sering dihadapi oleh golongan ibubapa, bila ibu turut bersama bekerja. Dengan berlakunya banyak senario dan insident yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak masa kini telah menimbulkan ketakutan dan kerisauan dikalangan masyar...