Skip to main content

Posts

Taska adalah alternatif yang terbaik. YDP Persatuan Pengasuh Taska Sabah.

Waktu dulu-dulu hanya golongan bapa sahaja yang keluar bekerja tetapi kini golongan ibu juga berperanan penting dalam memikul tanggungjawab yang sama bagi membantu suami untuk menambah ekonomi keluarga. Tetapi bila terdapat masalah dalam penjagaan anak sekiranya golongan ibu turut keluar bekerja, bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan dirumah? Siapa yang menjaga anak-anak ini dengan sebaik baiknya? Siapakah yang akan memantau aktiviti harian anak-anak ini? Siapakah yang membimbing anak-anak ini? Adakah anak-anak ini wajar dijagah oleh neneknya? Atau makciknya? Atau jiranya? Atau adakah Taman Asuhan Kanak-Kanak @.Taska yang sesuai dalam menyelesaikan setiap persoalan ini? Soalanya adakah Taska merupakan alternatif yang terbaik? Ini adalah kerisauan yang sering dihadapi oleh golongan ibubapa, bila ibu turut bersama bekerja. Dengan berlakunya banyak senario dan insident yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak masa kini telah menimbulkan ketakutan dan kerisauan dikalangan masyar...
Recent posts

Ct Suriyati: Titik Hitam DiKertas Putih.

TITIK HITAM DI KERTAS PUTIH Hidup ditengah masyarakat dan melakukan pergaulan peradaban bermasyarakat. Pasti akan menemui kesilapan dan kesalahan dimana-mana. Pada dasarnya setiap orang akan melakukan sebuah kesalahan, baik yang disengaja ataupun tidak disengaja. Tidak ada manusia yang sempurna dimuka bumi ini. Namun bagi sebagian orang mencari kesalahan orang lebih mudah dari pada memaafkannya. Jika selembar kertas putih, kemudian kita memberikan satu titik hitam di tengahnya maka sebagian besar orang akan fokus melihat pada titik hitam itu. Mereka tidak memperdulikan bahwa sebenarnya banyak bahagian putih pada kertas itu. Sama halnya dengan seseorang yang telah banyak berbuat baik, kemudian dia berbuat satu kesalahan. Maka sebagian besar orang akan fokus pada satu kesalahan itu. Padahal kebaikan yang telah dilakukan sangatlah banyak. Oleh sebab itu janganlah melihat orang dari suatu kesalahanya, kerana masih banyak kebaikan dari orang tersebut. Padahal setiap orang pasti puny...

Taska Little Star

Little Star adalah Taska & Tadika yang berdaftar dan mempunyai permit yang sah serta sokongan dari agensi-agensi yang terlibat dengan penubuhan Taska & Tadika. Little Star adalah sebuah pusat penjagaan dan pembelajaran awal kanak-kanak yang menggalakkan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang menyeluruh terutamanya dari perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi. Objektif Penubuhan Taska & Tadika Little Star: 1) Mencungkil, menyuburkan dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan, perkembangan dan menguasai kemahiran asas (3M) serta memupuk sikap positif melalui sistem pembelajaran  yang terancang, sesuai dengan minat dan kebolehan mengikut peringkat umur kanak-kanak. 2) Membantu golongan ibubapa mendapatkan penjagaan anak-anak yang mementingkan kualiti pengasuhan dan penjagaan yang sempurna. Ambillah kesempatan ini dan berilah anak anda peluang untuk bersama dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain dan b...

YDP.Persatuan Pengasuh Taska Sabah . Tips memilih Taska Yang baik

    Banyak sangat Taska sekarang ini, sampai susah untuk membuat pilihan, Taska yang terbaik untuk kanak-kanak anda. Seperti yang kita lihat sekarang, semakin hari semakin banyak taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dibuka. Akan tetapi taska atau pusat jagaan kanak-kanak asuhan yang bagaimanakah yang kita inginkan untuk anak kita.Taska bagaimanakah yang menjadi pilihan kita. Selain daripada faktor kawasan atau lokasi kita juga kena pertimbangkan tentang yuran yang dikenakan, berbaloikah kita melaburkan sekian wang ringgit untuk menghantar anak-anak ke Taska. Sebagai ibubapa kita hendaklah menetapkan satu garis panduan atau menetapkan kriteria tertentu kerana setiap Taska ataupun pusat jagaan kanak-kanak mempunyai perbezaan tidak kira dari segi harga yang ditetapkan mahupun dari segi pengurusan Taska itu sendiri. Namun sebelum membuat keputsan untuk menghantar anak ke sesebuah Taska atau pusat jagaan, ibu bapa hendaklah menetapkan kriteria tertentu untuk memastikan T...